FORUM PENGISYTIHARAN
OLEH TANJONG BUNGA RESIDENTS’ ASSOCIATION (TBRA),
BATU FERRINGHI RESIDENTS’ ASSOCIATION (BFRA)
& PESERTA‐PESERTA FORUM
Kami, Persatuan Penduduk Tanjong Bungah dan Persatuan Penduduk Batu Feringgi atau “Tanjong Bunga Residents’ Association, Batu Ferringhi Residents’ Association” dan peserta‐peserta forum yang bertajuk “ Pembangunan Terlampau di Pantai Utara” yang telah diadakan pada 17 April 2010 di Paradise Sandy Beach Hotel di Tanjong Bungah dengan ini mengisytiharkan bahawa:
1. Sempadan Tanjong Bunga bermula dari Jalan Gajah dan berakhir sebelum Desa Mar Vista Resort;
2. Tanjong Bunga berada di dalam Koridor Kedua dan diagram yang ditunjukkan dalam cetakan Pelan Struktur Negeri telah diubah oleh Kerajaan Negeri yang sebelum ini yang menunjukkan Tanjong Bunga dalam Koridor Utama; diagram tersebut dianggap tidak sah memandangkan ia telah diubah tanpa pengetahuan oleh Kerajaan Negeri sebelum ini melalui bekas Ketua Menteri tanpa merujuk perundangan sedia ada;
3. Butiran dan maklumat di dalam Pelan Struktur Negeri dengan jelas menyatakan bahawa Tanjong Bungah berada dalam Koridor Kedua dan telah melangkaui diagram yang telah diubah;
4. Kerajaan Negeri sekarang mempunyai hak perundangan dan kewajipan moral untuk membetulkan kesilapan yang ketara ini dan mengambil langkah‐langkah untuk memastikan Tanjong Bunga kekal di Koridor Kedua;
5. Pelan Tempatan Negeri yang bakal dikeluarkan mesti memasukkan dan menunjukkan dengan jelas yang Tanjong Bunga berada dalam zon Koridor Kedua; yang mengenakan had dan syarat‐syarat yang tegas untuk semua rancangan pembangunan di kawasannya;
6. Semua projek yang telah diluluskan dan yang belum dimulakan wajib dikaji semula terutama sekali dari segi kepadatan , kesesuaian dan sejajar dengan syarat Koridor Kedua;
7. Semua projek di masa akan datang di Tanjong Bunga dan Batu Ferringhi mesti memenuhi syarat dan tidak melebihi panduan kepadatan dalam Koridor Kedua;
8. Semua projek pembangunan sedia ada dan akan datang di Tanjong Bunga dan Batu Ferringhi harus mempertimbangkan keperluan atau had infrastruktur yang sedia ada dalam kedua‐dua kawasan ini;
9. Tidak meluluskan sebarang aktiviti pembangunan pada masa depan dari sekarang untuk semua projek pembangunan yang melibatkan cerun berbahaya Kelas III dan Kelas IV di Tanjong Bunga dan Batu Ferringhi;
10. Memastikan semua projek pembangunan pada masa akan datang TIDAK menyebabkan kemudaratan alam sekitar seperti gelonsoran tanah dan hakisan yang akan membawa kepada pencemaran laut dan pantai dan seterusnya memberi kesan yang ketara kepada penggunaan pantai dan tanah lapang, industri pelancongan dan program MM2H;
11. Memastikan TIDAK ada penambakan laut sepanjang Pantai Utara melainkan satu Laporan Kajian Alam Sekitar atau “ Strategic Environmental Impact Assessment (SEIA)” dijalankan dan diluluskan oleh panel pakar (bukan hanya oleh Kerajaan Negeri atau Majlis Perbandaran Pulau Pinang);
12. Sekurang‐kurangnya dua Taman Rekreasi awam diwujudkan untuk kemudahan awam; satu di Pearl Hill dan satu lagi di sebelah Penang Swimming Club; pelan untuk kedua‐dua taman awam ini telahpun diserahkan untuk diterima.
Kami,sebulat suara membuat semua Pengisytiharan di atas sebagai orang awam dan penduduk‐penduduk yang prihatin dan menyeru Kerajaan Negeri mengambil semua langkah yang sepatutnya untuk melaksanakan dan mengambil berat semua saranan di atas demi kepentingan awam.
Oleh
TBRA, BFRA & 140 PESERTA FORUM
Tanjong Bunga, 17 April 2010
Thursday, May 6, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment